Sunday, 5 June 2011

banyaknye cakap!

salamzz..

dulu posting sy, "banyaknya cerita", sekarang tajuknye lain, walaupon pada dasarnya akan membawa maksud yg sama..

perempuan, suke bercakap! kalau mereka x bercakap, mereka akan sakit.. semua perkara yang ada di dalam kepala otak, mereka mahu cakap, atau dalam erti kata lain, mahu orang lain dengar atau tahu apa yang dia nak cakap.

lagi2 kalau perempuan ada masalah dan mereka akan tenson sekiranya mereka tak cakap.. berlainan dengan lelaki, mereka kurang cakapnya lebih2 lagi kalau mereka ada masalah.. mereka lebih prefer untuk mendiamkan diri atau pon 'masuk dalam gua', duduk sorang2 kalau ada masalah..

apabila banyak cakap, mesti banyak lah salahnya.. memang benar and memang sah apa yang dikatakan oleh nabi (aiiyak, saya memang percaya 100% kata2 Nabi adalah benar, walaupon kadang2 saya x laksanakan sunnah nabi, aduss!), iaitu DIAM ITU PINTAR, kerana orang pintar hanya berkata-kata apabila perlu dan bukannya KEHENDAK. macam ayah saya, dia hanya bercakap sepatah apabila kita bercakap dengan nya berjuta patah perkataan, tetapi sepatah katanya itu, akan kekal dalam ingatan kerana tersangat la memberi makna!

di bawah ni saya senaraikan ayat yang biasa kita dengar yang berkaitan dengan CAKAP:

cakap x serupa bikin!- contoh: dia cakap suruh orang buat baik, tetapi dia terang-terangan buat dosa..

cakap senang lah, buat nye tak!- contoh: dia cakap dia nak memajukan negara, tetapi negara tak maju2 juga..

cakap banyak, buat kerja tidak!- contoh: dia cakap banyaaaak sangat, sampai org kena pakai penyumbat telinga, tetapi kerja dia x pernah siap (atau x buat langsung) sebab banyak sgt cakap..

cakap buruk2, tetapi muka lawa!- contoh: dia cakap b***h, dia cakap b**i, dia cakap b****g, tetapi muka sangat la lawa, huu, muka lawa mulut burok..

cakap macam k****g: contoh: dia cakap dia nak buat kuih tat, tetapi dia buat karipap. sekejap cakap lain, sekejap lagi konfem dia akan cakap lain dan buat lain!


hmm, setakat ini dulu lah, nnti kalau ada lain2 saya update balik.. mwahaha..

p/s: alamak, banyak pulak saya cakap kali ni! ampon!

Friday, 3 June 2011

NOta wajib Paham!


siapa yang meninggalkan sesuatu yang makruh, akan dibantu meraih pelbagai kebaikan. sedangkan sesiapa meninggalkan sesuatu yang harus, allah akan membukakan untuknya pintu ketaatan, menolongnya dalam mengerjakan kewajipan , memberinya keluasan, membukakan peluang baginya..

inilah buktinya sekiranya kita berusaha ke arah kebaikan dengan hati yg ikhlas kerana Allah, Allah pasti akan menolong kita. bukan setakat mendapat ganjaran yang besar, malah Allah akan memudahkan dalam semua yang kita hadapi dengan memberi kita ketenangan dan peluang..

ini juga bukti yang menunjukkan manusia yang benar2 berjaya di dunia dan akhirat, adalah manusia yang benar2 MUSLIM, manusia yang hanya berserah kepada Allah dalam urusannya, meletakkan Allah dalam semua perkara, dan hanya berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah..

tidak hairanlah sekiranya pembuat dosa walaupun berjaya di dunia, tetapi hati mereka tidak akan pernah tenang, dan juga selalu merasai kekosongan dalam hidup.........




Thursday, 2 June 2011

buang sampah, bukan buang anak!


aduhh, setiap kali saya terbaca berita manusia (layak ke manusia?) membuang anak, hati saya seakan2 dihiris2 dgn pedang samurai kemudian dipijak2 oleh gajah dan digilis2 oleh kereta kebal israel! kenapa perlu buang? atau pon kenapa perlu dibunuh dan semalam, di campak sampai pecah kepala?? lu boddo ke? memang boddo!


inilah balasan kpd kita semua bila perkara maksiat sudah menjadi lumrah di dalam masyarakat.. berpegangan tangan laki pempuan, berpelukan, berciuman, naik moto pelok2, di depan org sudah sgt sgt sgt menjadi lumrah, dan masyarakat hanya membutakan mata buat2 x nampak, dan tidak pernah pula menegur atau melarang mereka. KENAPA????

aduhh! saya akan menyalahkan diri saya dengan perkara ini, mungkin kerana saya yg x berusaha bersungguh2 utk 'amar makruf, nahi mungkar', saya yg bersalah kerana tidak menjadi seorang mujahidah!

I am the LOSER!


p/s: rabbi la tazarni fardan, wa anta khairu warithin amin


Monday, 23 May 2011

romen dalam bas!

assalamualaikum sahabat2

ini ada satu cerita yang memang sy nak share utk semua.. pada 19 may 2011 jam 1045 malam, say telah menaiki sebuah bas ekspress ke terengganu seperti biasa.. (saya kan selalu balik terengganu) nak di jadikan cerita, saya punya seat di belakang sekali di tingkat 1 (bas 2 tingkat), so selalunya seat belakang akan tinggi sikit kerusinya.. dan hanya saya seorang yg duduk belakang..

yg duduk depan saya adalah sepasang kekasih, seorg laki, seorg pempuan. pempuan duduk tepi tingkap. mcmne saya tahu dieorg kekasih, sbb saya tahu lah! jeng jeng jeng. hahaha

pastu, setelah bas bergerak, saya dh x boleh duduk diam sebab mereka berdua sangat lah menyampah untuk di tgk, meluat sampai nk termuntah hijau! manjanyaaa geli aku wehhh!

then pada satu ketika, saya terperasan yg mereka berdua seakan2 kissing, aduhhh! tangan saya hampir hampir nak menepok bahu mereka, tetapi tangan saya x sampai, hanya seinci lagi jaraknya, aduhhh! sy masih belom kuat!

oleh kerana hati meronta2 dek kebencian yg meluap2 dgn perbuatan mereka (sy benci perbuatan, bukan org yg membuat perbuatan itu ye!), saya pon mengeluarkan secebis kertas dan menulis.....

"kalo nak bercinta pon, jangan lah buat depan org...

buatlah dalam bilik...

maaf ganggu =)"

dan pada yg sama, badan mereka berdua ditutupi oleh selimut, dan apabila saya menghulurkan kertas, x ada tangan yg nk di sambut (ye la, tangan duk tgh pegang ****), saya pon letak lah atas selimut mereka..

lantas si pempuan terus mengambilnya dan membacanya dan terus mengkeromokkan kertas dan bg kpd si laki, dan si laki pon membacanya... hmm, pelik, mereka xde plak sound saya balik...so mmg sah mereka bukan husband n wife..

setelah itu, apa yg saya perasan, sebelum tu, laki tu yg manja2 n pempuan tu yg tolak2, tetapi, slps je pempuan tu baca, bertambah2 gedix pempuan tuh, mcm nk show off lah aku ade laki, ko xde! laki tu plak duduk betol2 dan xde dh duduk senget2 sebelah lagi, agaknye die terasa kot dgn ayat sy tu... adoiyaaiii....

hmmmmm, so ape mau cite?

hanya allah yg berkuasa mengusik hati mereka, kita hanya mampu berdoa..

berdoalah utk semua manusia!


wassalamu...............


Tuesday, 3 May 2011

banyaknye cerita!


aduhh, takkan lah setiap perkara yg ko buat setiap hari ko nak cerita kat org..
tadi aku makan, skrg aku berak, pastu aku tidor, then aku gi naik beskal, blah blah blah..

wahai kwn2, kalau nak share kat semua org pon, jgn lah cerita psal personal life korg.. bukan nya boleh buat tauladan dgn perbuatan ko tu pon..kalau setakat nak bagitau aku makan nasi kandar, ape aku kesah???

hmm, nampak sgt kita hanya disibukkan dgn perkara duniawi yg remeh temeh memeh semeh, dan x pernah pk langsung pasal masalah pergolakan dunia, masalah bangsa, masalah malaysia, masalah matematik, apa lagi masalah PALESTINE dan masalah dakwah!

kita akan diperhitungkan dgn setiap perkara yang kita buat walaupun sebiji zarah. kalau kita dah lama tahu, buat baik akan dapat balasan baik dari allah, apa kata kita berusaha cerita perkara yg bermanfaat untuk semua org, terutama sekali pada islam.

fikir lah (fadiah) dan kawan2, apa tujuan hidupmu.. takkan la setakat nak kawin, ada anak, ada harta, ada kebahagian.. kalau itu lah impian hidupkita, tak ada beza nya impian hidup kita dgn al-kafiruun. mereka pon impikan perkara yg sama!


Monday, 3 January 2011

balik kampung


yap, walaupun saya masih belajar di uia gombak, boleh dikatakan setiap weekend saya akan pulang ke terengganu, demi ABANG!

saya naik bus hari khamis malam dan akan pulang ke gombak hari ahad, dengan bus jugak!

penat? hmm, kalau diikotkan badan, memang la penat, tetapi kalau ikotkan hati, xakan pernah penat.. =)

mungkin ini lah yg dinamakan, kalau mahu seribu daya, kalau x nak banyaklaaaaah alasannya..

wassalam


Wednesday, 3 November 2010

makanan untuk kecantikan?


sekarang ni banyaaak sgt produk makanan kesihatan, dan produk untuk kecantikan.. herbalife, amway, jamu mak dara, ombak besar, sendayu tinggi blah blah blah..

memangla bagus mereka berbisnes! sy support 110% kerana berusaha untuk berjaya di dunia dan akhirat!

tetapi, yg sedihnya org yg menggunakan produk2 tersebut, sehingga ramai yang menganggap produk2 itu adalah miracles yg jatuh dari langit yg akan membolehkan mereka cantik dan sehat.. dan mereka seolah2 menganggap kerana produk itulah aku cantek dan sehat!! (haaa? bia betol??)

hmm, mungkin ya mungkin tidak.. sesungguhnya kita memang wajib berusaha ke arah kebaikan kerana itu adalah tanggungjawab, tetapi jangan dilupa, usaha, tawakkal, doa.. kita berusaha bersungguh2 membeli dan menggunakan produk tersebut tapi xde la plak berusaha bersungguh2 utk berdoa pada allah... seolah2 kita yakin krn produk itulah kita cantik dan sihat...


p/s: hmm, betolkan saya jika saya salah..wajib betolkan org yg salah...

wassalamuu