Wednesday 15 July 2009

Saidina Ali dan ilmu forensik

Sebenarnya, sudah lama ilmu forensik berakar umbi dalam Islam. Ketika zaman Khalifah Umar, terjadi suatu peristiwa di mana seorang wanita Ansar telah meminati seorang lelaki yg amat tampan rupanya. Wanita tersebut telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati lelaki tampan itu. Namun usahanya hanya sia-sia.

Pada suatu hari, dek kerana terlalu mahukan lelaki tersebut, wanita berkenaan telah menuduh lelaki itu mahu memperkosanya dengan menunjukkan kesan air mani di pakaiannya. Beberapa wanita telah memeriksa pakaian wanita tersebut dan mereka semua mempercainya bahawa kesan kotoran itu adalah air mani yang telah kering. Khalifah Umar juga hampir-hampir mempercainya sehinggalah Saidina Ali menuangkan air panas yang mendidih ke atas pakaian wanita tersebut.

Wanita Ansar tersebut menggelabah setelah kesan kotoran tersebut telah bertukar menjadi pepejal yang berwarna putih dan akhirnya dia mengaku bahawa telah menggunakan putih telur dan mengesatnya ke atas pakaian dan pehanya.

Nah, peristiwa ini bukan sahaja menunjukkan kebijasanaan Saidina Ali tetapi Saidina Ali telah menggunakan ilmu forensik dalam mencari kebenaran.

(di abstrak daripada DETEKTIF INDIGO KEMBALI karya Faisal Tehrani)

No comments:

Post a Comment