Sunday 5 June 2011

banyaknye cakap!

salamzz..

dulu posting sy, "banyaknya cerita", sekarang tajuknye lain, walaupon pada dasarnya akan membawa maksud yg sama..

perempuan, suke bercakap! kalau mereka x bercakap, mereka akan sakit.. semua perkara yang ada di dalam kepala otak, mereka mahu cakap, atau dalam erti kata lain, mahu orang lain dengar atau tahu apa yang dia nak cakap.

lagi2 kalau perempuan ada masalah dan mereka akan tenson sekiranya mereka tak cakap.. berlainan dengan lelaki, mereka kurang cakapnya lebih2 lagi kalau mereka ada masalah.. mereka lebih prefer untuk mendiamkan diri atau pon 'masuk dalam gua', duduk sorang2 kalau ada masalah..

apabila banyak cakap, mesti banyak lah salahnya.. memang benar and memang sah apa yang dikatakan oleh nabi (aiiyak, saya memang percaya 100% kata2 Nabi adalah benar, walaupon kadang2 saya x laksanakan sunnah nabi, aduss!), iaitu DIAM ITU PINTAR, kerana orang pintar hanya berkata-kata apabila perlu dan bukannya KEHENDAK. macam ayah saya, dia hanya bercakap sepatah apabila kita bercakap dengan nya berjuta patah perkataan, tetapi sepatah katanya itu, akan kekal dalam ingatan kerana tersangat la memberi makna!

di bawah ni saya senaraikan ayat yang biasa kita dengar yang berkaitan dengan CAKAP:

cakap x serupa bikin!- contoh: dia cakap suruh orang buat baik, tetapi dia terang-terangan buat dosa..

cakap senang lah, buat nye tak!- contoh: dia cakap dia nak memajukan negara, tetapi negara tak maju2 juga..

cakap banyak, buat kerja tidak!- contoh: dia cakap banyaaaak sangat, sampai org kena pakai penyumbat telinga, tetapi kerja dia x pernah siap (atau x buat langsung) sebab banyak sgt cakap..

cakap buruk2, tetapi muka lawa!- contoh: dia cakap b***h, dia cakap b**i, dia cakap b****g, tetapi muka sangat la lawa, huu, muka lawa mulut burok..

cakap macam k****g: contoh: dia cakap dia nak buat kuih tat, tetapi dia buat karipap. sekejap cakap lain, sekejap lagi konfem dia akan cakap lain dan buat lain!


hmm, setakat ini dulu lah, nnti kalau ada lain2 saya update balik.. mwahaha..

p/s: alamak, banyak pulak saya cakap kali ni! ampon!

Friday 3 June 2011

NOta wajib Paham!


siapa yang meninggalkan sesuatu yang makruh, akan dibantu meraih pelbagai kebaikan. sedangkan sesiapa meninggalkan sesuatu yang harus, allah akan membukakan untuknya pintu ketaatan, menolongnya dalam mengerjakan kewajipan , memberinya keluasan, membukakan peluang baginya..

inilah buktinya sekiranya kita berusaha ke arah kebaikan dengan hati yg ikhlas kerana Allah, Allah pasti akan menolong kita. bukan setakat mendapat ganjaran yang besar, malah Allah akan memudahkan dalam semua yang kita hadapi dengan memberi kita ketenangan dan peluang..

ini juga bukti yang menunjukkan manusia yang benar2 berjaya di dunia dan akhirat, adalah manusia yang benar2 MUSLIM, manusia yang hanya berserah kepada Allah dalam urusannya, meletakkan Allah dalam semua perkara, dan hanya berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah..

tidak hairanlah sekiranya pembuat dosa walaupun berjaya di dunia, tetapi hati mereka tidak akan pernah tenang, dan juga selalu merasai kekosongan dalam hidup.........




Thursday 2 June 2011

buang sampah, bukan buang anak!


aduhh, setiap kali saya terbaca berita manusia (layak ke manusia?) membuang anak, hati saya seakan2 dihiris2 dgn pedang samurai kemudian dipijak2 oleh gajah dan digilis2 oleh kereta kebal israel! kenapa perlu buang? atau pon kenapa perlu dibunuh dan semalam, di campak sampai pecah kepala?? lu boddo ke? memang boddo!


inilah balasan kpd kita semua bila perkara maksiat sudah menjadi lumrah di dalam masyarakat.. berpegangan tangan laki pempuan, berpelukan, berciuman, naik moto pelok2, di depan org sudah sgt sgt sgt menjadi lumrah, dan masyarakat hanya membutakan mata buat2 x nampak, dan tidak pernah pula menegur atau melarang mereka. KENAPA????

aduhh! saya akan menyalahkan diri saya dengan perkara ini, mungkin kerana saya yg x berusaha bersungguh2 utk 'amar makruf, nahi mungkar', saya yg bersalah kerana tidak menjadi seorang mujahidah!

I am the LOSER!


p/s: rabbi la tazarni fardan, wa anta khairu warithin amin