Friday 3 June 2011

NOta wajib Paham!


siapa yang meninggalkan sesuatu yang makruh, akan dibantu meraih pelbagai kebaikan. sedangkan sesiapa meninggalkan sesuatu yang harus, allah akan membukakan untuknya pintu ketaatan, menolongnya dalam mengerjakan kewajipan , memberinya keluasan, membukakan peluang baginya..

inilah buktinya sekiranya kita berusaha ke arah kebaikan dengan hati yg ikhlas kerana Allah, Allah pasti akan menolong kita. bukan setakat mendapat ganjaran yang besar, malah Allah akan memudahkan dalam semua yang kita hadapi dengan memberi kita ketenangan dan peluang..

ini juga bukti yang menunjukkan manusia yang benar2 berjaya di dunia dan akhirat, adalah manusia yang benar2 MUSLIM, manusia yang hanya berserah kepada Allah dalam urusannya, meletakkan Allah dalam semua perkara, dan hanya berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah..

tidak hairanlah sekiranya pembuat dosa walaupun berjaya di dunia, tetapi hati mereka tidak akan pernah tenang, dan juga selalu merasai kekosongan dalam hidup.........




No comments:

Post a Comment