Monday 22 February 2010

Catatan 1


Catatan Satu- Alasan

Bagi seorang mahasiswa, minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan amatlah sibuk. Selalunya, pada masa itulah pelajar perlu menyiapkan ‘assignment’ dan juga ‘presentation’. Aku seorang mahasiswi, dan aku juga tergolong dalam golongan yang sibuk itu. Kadang-kadang, makan pun tidak menentu dan sebab itulah badanku kurus-kering. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu membelanjakan wang ringgit untuk program pelangsingan badan.

Hidup aku sebagai seorang mahasiswi tidak ada bezanya dengan mahasiswa yang lain. Masa seharian banyak dihabiskan dengan menghadirkan diri ke kuliah, perbincangan dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan kertas kerja, beriadhah di waktu petang, pergi ke perpustakaan untuk mengulagkaji, ‘berdating’ (oh, aku tidak ‘berdating’ ya), dan juga ada yang meluangkan masa pergi ke majlis-majlis ilmu ataupun halaqah. Ada juga yang hanya menghabiskan masa di dalam bilik jika tidak ada kuliah yang perlu dihadiri. Terpulanglah.

Bagiku, tidak kisahlah bagaimana seseorang itu mahu mengisi masa sehariannya. Tetapi, yang paling penting, tanggungjawab yang dipikul mesti dilaksanakan . Aku mempunyai seorang kawan yang agak baik denganku, namanya Ima. Pada suatu hari, Ima ‘bergayut’ dengan teman lelakinya bermula dari 12 tengah malam sehinggalah aku bangun untuk subuh, barulah Ima terkial-kial hendak ‘bye-bye’. Sebelum ‘bergayut’, Ima telah menghantar baju-bajunya ke dobi asrama. Oleh kerana Ima perlu menghadirkan diri ke kuliah pada keesokan harinya walaupun dengan mata yang layu dek kerana tidak cukup tidur, Ima hanya mampu mengambil dan menyidai baju yang telah dibasuh oleh mesin basuh pada sebelah malamnya.

“Sibuknya dia, kesian anak-anak engkau ‘terbiar’”. Kataku dengan nada bergurau dan tersengih. (‘Anak-anak’ disini membawa maksud rutin seharian yang perlu diruruskan oleh seorang ibu seperti memastikan rumah dalam keadaan bersih dan juga mencuci pakaian dan sebagainya. Jika seorang ibu itu sibuk dengan urusan lain, selalunya kerja rumah akan ‘terabai’.)
“Itulah, aku sibuk sangat hari ini, jadual kelas aku penuh. Tambahan pula, banyak kerja yang perlu dihantar hari ini. Dalam kelas Literature tadi, aku dah tersengguk-sengguk tertidur”. Jawab Ima dengan sedikit keluhan dengan kesibukan harinya dengan tanggungjawab.
. . .

No comments:

Post a Comment